Wednesday, December 10, 2014

De Three ( I ) s



Hadis Kedua : Hadis Jibril.

Ertinya: telah diriwayatkan daripada Umar RA : Pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersama-sama Rasulullah SAW, datanglah seorang lelaki sedang kainnya sangat putih dan rambutnya sangat hitam, tiada kelihatan di atasnya bekas-bekas perjalanan dari debu atau lainnya dan daripada kami tiada seorang pun yang kenal sama lelaki itu, kemudian duduklah dia bersama Rasulullah dan disandarkan dua lututnya kepada dua lutut baginda serta dihantarkan tangannya atas dua paha Nabi Muhammad SAW, maka lalu berkata :

Hai Muhammad katakan kepada ku perihal Islam?

Sahut Rasulullah,

Hendaklah engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah sahaja dan Muhammad itu pesuruh Allah Ta’ala dan engkau dirikan akan sembahyang lima waktu dan engkau puasakan bulan Ramadhan dan pergi engkau naik haji kepada Baitullah jika kuasa engkau berjalan kepadanya.

Berkata lelaki itu : maka benarlah engkau!

Maka tercengang lah kami. Mula-mula dia bertanya kemudian dibenarkan pula Rasulullah atas penjawabannya.

Kata Umar, berkata lelaki itu:

Hai Muhammad, khabarkanlah aku perihal Iman?

Sahut Rasulullah :

Hendaklah engkau percaya pada Allah, malaikat-malaikat Allah, kitab-kitab Allah, rasul-rasul Allah dan percaya pula pada hukum dan takdir Allah sama ada baik atau jahatnya.

Berkata lelaki : Benarlah engkau! Maka lalu dia berkata : Khabarkan aku perihal ihsan ?

Sahut Rasulullah :

Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika tiada kuasa engkau berbuat demikian, maka percayalah engkau bahawa Dia selalu melihat engkau …..”

3’s I

Iman : Islam : Ihsan, inilah asas sebuah tamadun, akar suatu tamadun

No comments:

Post a Comment